1.0 ISI TERSIRAT
1. Berdasarkan kunci kata soalan yang kedua.
2. Isi bahagian ini perlu anda fikir sendiri dan bukan diambil dari petikan juga.
3. Jika isi tersirat yang anda fikirkan sudah ada dalam petikan juga, jangan ambil sebagai isi anda.
4. Penggunaan ayat dan penanda wacana adalah sama dengan isi tersurat.
5. Jumlah minimum ialah 2 isi tetapi jika isi tersurat kurang, bahagian isi ini perlu ditambah.
6. JANGAN gunakan perkataan ‘harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah’ dan lain-lain yang berbentuk cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini digunakan).

Contoh 1
· Bagi soalan yang meminta faktor dalam langkah mengatasi seperti soalan dibawa:
.Buat rumusan tentang faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya
· Untuk soalan seperti di atas, cari langkah mengatasi berdasarkan faktor kemalangan yang disenaraikan:
Isi tersurat (Faktor kemalangan) | Isi tersirat (Langkah mengatasi) |
1) Pemandu yang tidak mengikut peraturan jalan raya semasa memandu | |
2) Keadaan jalan raya yang tidak mengikut spesifikasi keselamatan. | |
3) Keadaan kenderaan yang tidak dipastikan oleh pemandu supaya berada dalam keadaan baik | |
4) Penunggang motor yang gagal diperhati dan dilihat oleh kenderaan berat. |
Contoh 2
· Bagi soalan yang berlainan bentuk. Anda perlu fikirkan dengan menimbulkan pelbagai persoalan berdasarkan soalan tersebut:
o Contohnya, isi tersirat meminta kesan buruk akibat pencemaran air, anda boleh timbulkan pelbagai persoalan seperti berikut
§ Jika air tercemar, bagaiamana manusia mahu dapatkan bekalan air bersih?
§ Jika air tercemar, boleh wajudkan kawasan perkelahan dan perlancongan?
§ Jika air tercemar, bagaimana keadaan hidupan di dalamnya?
o Jika anda menjawap persoalan yang ditimbulkan, maka anda ankan mendapat jawapan seperti ini:
§ Manusia akan sukar mendapat bekalan air bersih,
§ Kawasan perkelahan dan perlancongan tidak dapat diwujudkan,
§ Hidupan air akan mengalami kepupusan.
0 komen:
Post a Comment