19 December 2011

PANDUAN MEMBINA AYAT

1. Boleh bina ayat tunggal.
2. Boleh bina ayat majmuk.
3. Boleh bina ayat aktif.
4. Boleh bina ayat pasif.
5. Boleh bina ayat cakap ajuk tetapi perlu mematuhi peraturan
tanda baca (tanda petik).

Pelajar dilarang:
1. Menambah atau menggugurkan imbuhan.
2. Jadikan perkataan diuji sebagai kata nama khas.
3. Jadikan perkataan diuji sebagai peribahasa.
4. Membina ayat yang tidak jelas/ tidak difahami maksud.

Contoh soalan dan jawapan:
(i) Suka duka.
Ketika bertugas di kawasan pedalaman itu, saya terpaksa menempuh pelbagai suka duka sebelum saya berjaya membawa kejayaan untuk sekolah dan penduduk di kawasan itu. (Ayat Majmuk )

(ii) Baik buruk.
Kejadian kesan buruk yang tidak disedari atau tidak dilaporkan akan hanya memberikan gambaran yang tidak tepat tentang baik buruk sesuatu ubat itu. ( Ayat Majmuk )

(iii) Penat lelah
Segala penat lelah beliau terbayar apabila beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan itu. (Ayat Majmuk )

(iv) Melayari laman web
 Pelajar-pelajar digalakkan supaya melayari laman web Kementerian Pngajian Tinggi untuk mendapatkan maklumat tentang kemasukan ke Institsui Pengajian Tinggi Awam (IPTA). ( Ayat Majmuk )

(v) Pembangunan mesra alam
Kerajaan akan memastikan bahawa setiap pemaju perumahan mestilah mengutamakan pembangunan mesra alam untuk mengelakkan pencemaran dan kejadian tanah runtuh yang semakin berleluasa.( Ayat Majmuk )

(vi) Semangat setia kawan
Walaupun kita terpaksa bersaing sesama sendiri untuk merebut jawatan itu, semangat setia kawandan persahabatan perlulah dipelihara. ( Ayat Majmuk )

Kesan Ayat Tidak Gramatis
Soalan 2 (a), 2(b), 2(c) dan 2(d).

Kesilapan calon ketika menjawab soalan pemahaman.
1. Isi jawapan dalam bentuk nota.
2. Ayat tidak lengkap kerana tiada subjek.

Sebab-sebab berlakunya kesilapan:
1. Pelajar degil dan cuai walaupun telah diberi ingatan.
2. Tidak belajar merancang masa untuk menjawab soalan.
3. Terikut-ikut dengan gaya penulisan dalam buku kerja pelajar.

Kesan kesilapan:
Contoh soalan 2(a)(ii) SPM 2008.

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa bukti yang menunjukkan penglibatan Malaysia dalam bidang penerokaan angkasa lepas. Nyatakan bukti-bukti tersebut.
KK : Nyatakan.

Contoh Jawapan:
-Pembabitan Malaysia bermula pada awal tahun 1980-an.
-Melaksanakan program penghantaran angkasawan pertama ke angkasa lepas
-Pelancaran tiga buah satelit ke angkasa lepas.

Isi betul - 3
Ayat tidak gramatis
Markah : 2
Pelajar hilang 1 markah.

Contoh soalan 2(a)(ii) SPM 2008.

Contoh Jawapan:
- Persediaan dari segi fizikal supaya tubuh badan saya cukup sihat untuk menjalankan tugas sebagai angkasawan.

- Cari maklumat yang banyak berkaitan bidang angkasa lepas daripada internet, buku ilmiah mahu pun media massa supaya pengetahuan saya cukup mantap dalam bidang ini.

- Persediaan mental supaya sedia bersaing dan sanggup berkorban demi menjayakan tugas sebagai angkasawan.

Isi betul : 4 ( 2 isi dan 2 huraian )
Ayat tidak gramatis
Markah : 3
Pelajar hilang 1 markah.

Andaian :
Pelajar yang sama biasanya akan mengulangi setiap jawaban dengan cara memberi isi berbentuk nota ringkas. Pelajar mungkin akan kehilangan antara 6 hingga 8 markah untuk soalan 2(a) hingga 2(d) jika diandaikan pelajar ini dapat memberi isi dan huraian yang tepat tetapi ayat tidak gramatis.

Maka :
1. Jawab dalam bentuk ayat yang gramatis.
2. Ayat gramatis mempunyai subjek.
3. Subjek jawaban diperoleh daripada predikat soalan.
4. Gandingkan predikat soalan dengan isi jawaban lengkap.
5. Ayat gramatis boleh terdiri daripada ayat tunggal atau ayat
majmuk.

PERMAINAN BAHASA 2: Kata Kerja

PERMAINAN BAHASA 1: Teka Sinonim



18 December 2011

BEBERAPA KESALAHAN TATABAHASA YANG SERING BERLAKU

1 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di dengan imbuhan di

a) salah - disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara
- di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan
b) betul - di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara
- diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan


2 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke


a) salah - keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan
b) betul - ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, kekasih


3 Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada
a) dari - rumus A (arah), T (tempat), M (masa) = dari
- dari belakang, dari Perak, dari semalam
b) daripada - punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad
- sumber atau asal kejadian sesuatu benda
- perbezaan dan perbandingan
- daripada guru besar, daripada getah, daripada markah


4 Mengulang kata selepas penanda jamak (banyak)


a) salah - semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli
b) betul - semua guru, segala alat, kebanyakan ahli


5 Tidak menggandakan kata bilangan himpunan


a) salah - beratus orang, beribu penonton, berguni padi
b) betul - beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni padi


6 Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisan


a) salah - paling tinggi sekali, terlalu mahal sekali
b) betul - paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali


7 Menggandakan kata selepas saling


a) salah - saling hormat-menghormati, saling bermaaf-maafan
b) betul - saling menghormati, hormat-menghormati, saling bermaafan


8 Pembentukan ayat pasif


a) Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah)
Surat itu telah kami hantar. (betul)
b) Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah)
Laporan itu perlu anda siapkan. (betul)
c) Majalah itu telah mereka edarkan. (salah)
Majalah itu telah diedarkan oleh mereka. (betul)


9 Penggunaan –kan menggantikan akan


a) salah - sayangkan, rindukan, bencikan, cintakan
b) betul - sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan


10 Menjarakkan imbuhan pinjaman


a) salah - juru taip, ko kurikulum, pasca moden, anti dadah
b) betul - jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadah

Mengenal kata pemeri 'ialah' dan 'adalah'

Kata pemeri ialah dan adalah merupakan dua perkataan yang amat lumrah digunakan dalam penulisan hari ini. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan agak sukar untuk menemukan tulisan yang tidak menggunakan kedua-dua kata pemeri ini. Kedua-dua perkataan ini dikatakan telah masuk ke dalam kosa kata bahasa Melayu belakangan ini. Hal ini akan menjadi jelas jika diteliti buku klasik Melayu Sejarah Melayu kerana dalamnya kita tidak akan bersua dengan perkataan ialah ataupun adalah. Demikian juga dalam Hikayat Hang Tuah, tidak ada penggunaan kedua-dua perkataan ini. Menurut Asmah Hj Omar (1994), perkataan ialah terbentuk daripada perkataan ia danlah manakala adalah pula masuk ke dalam bahasa Melayu dari bahasa Indonesia. Perkataan ini digunakan sebagai padanan bagi kopula yang wujud dalam bahasa Belanda.

          Walaupun perkataan-perkataan ini sudah begitu lazim di kalangan pengguna bahasa Melayu, namun terdapat kekhilafan di kalangan pengguna dalam hal penggunaannya yang betul dan mengikut aturan nahu Melayu. Menurut Tatabahasa Dewan (1994), kedua-dua perkataan ini termasuk kelompok kata prafrasa atau perkataan-perkatan yang diletakkan di awal atau di depan frasa. Kata prafrasa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, atau frasa adjektif (Nik Safiah Karim et al. 1994:245). Dan, kedua-dua perkataan adalah danialah merupakan jenis kata pemeri. Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat (Nik Safiah Karim et al. 1994:250).
Walaupun kedua-dua kata pemeri boleh digunakan untuk memerihal dan merangkaikan subjek dengan frasa, namun ada aturan untuk menggunakannya. Penggunaannya bukanlah secara sewenang-wenangnya. Sebenarnya, ada dua cara pemerihalan itu dapat dilakukan, iaitu secara persamaan atau secara huraian. Untuk memerihalkan secara persamaan atau ekuatif, kata pemeri ialah digunakan. Perhatikan beberapa contoh penggunaan jenis ini di bawah:

  1. Yang berbeza ialah bentuk dan sifatnya.
  2. Bukti jelas ialah kita masih mempunyai program membantu rakyat yang termiskin.
  3. Lokasi yang sering diberi tumpuan ialah kawasan perumahan, pusat perkelahan pinggir sungai dan pantai.
         Dalam ayat-ayat di atas, kata pemeri ialah diletakkan di hadapan frasa nama bentuk dan sifatnya, kita, dan kawasan perumahan, pusat perkelahan pinggir sungai dan pantai. Kesemua frasa ini ialah frasa nama; oleh hal itu, perlulah disusuli kata pemeriialah.
Sekarang kita perhatikan pula beberapa penggunaan kata pemeri adalah di bawah ini. Perkataan adalah digunakan untuk memerihalkan secara huraian atau kualitatif. Perhatikan beberapa contoh penggunaan di bawah:

  1. Rumah yang dijual adalah terlalu kecil.
  2. Tujuan projek itu adalah untuk mendapatkan sumber kewangan bagi persatuan itu.
        Seperti yang diperhatikan dalam ayat-ayat di atas, kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif seperti terlalu kecil dan frasa sendi nama untuk mendapatkan sumber sumber kewangan. Dengan yang demikian, yang menjadi jelas kepada kita bahawa kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama sahaja, manakala kata pemeriadalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Hal ini juga bermaknaadalah tidak boleh hadir di hadapan frasa nama dan frasa kerja, dan demikian jugaialah tidak boleh diletakkan di hadapan frasa kerja atau frasa adjektif ataupun di hadapan frasa sendi nama. Walaupun sudah ada aturan penggunaan sedemikian, namun kita sering bersua juga dengan ayat-ayat yang menggunakannya dengan salah, dan adakalanya digunakan secara tukar ganti, iaitu secara sewenang-wenangnya, seolah-olah kedua-dua kata pemeri itu bersifat sinomim.
Sekarang marilah kita perhatikan beberapa contoh penggunaan kata pemeri yang tidak betul dan pembetulannya di bawah: Mula-mula kita lihat kekhilafan penggunaan kata pemeri ialah.

  1. *Tujuan projek ialah untuk mendapatkan wang sebanyak RM4 juta. (Sepatutnya: Tujuan projek adalah untuk mendapatkan wang sebanyak RM4 juta).
  2. *Objektif DPKL membina rumah kos rendah antaranya ialah untuk menampung keperluan kediaman golongan berpendapatan rendah. (Sepatutnya: Objektif DPKL membina rumah kos rendah antaranya adalah untuk menampung keperluan kediaman golongan berpendapatan rendah).
Kini, kita perhatikan pula penggunaan kata pemeri adalah yang tidak tepat dalam contoh-contoh yang berikut:

  1. *Peningkatan kos ini adalah akibat kenaikan harga bahan binaan. (Sepatutnya: Peningkatan kos ini ialah akibat kenaikan harga bahan binaan).
  2. *Pelajar adalah aset penting negara dan bakal pemimpin pada masa hadapan. (Sepatutnya: Pelajar ialah aset penting negara dan bakal pemimpin pada masa hadapan).
  3. *Kebanyakannya adalah pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan yang gerakannya dicetuskan oleh aktivitis Barat. (Sepatutnya: Kebanyakannya ialahpertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan yang gerakannya dicetuskan oleh aktivitis Barat).
  4. *Cadangan untuk mewujudkan program kerahan tenaga adalah suatu langkah yang positif. (Sepatutnya: Cadangan untuk mewujudkan program kerahan tenagaialah suatu langkah yang positif).
       Yang jelas daripada contoh-contoh yang dipaparkan di atas, masih terdapat kekhilafan di kalangan pengguna bahasa Melayu dalam hal menggunakan kedua-dua kata pemeri ini. Yang menjadi menarik di sini ialah sebahagian besar contoh dalam makalah ini dipetik daripada salah sebuah majalah popular, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka! Seperti yang kita ketahui, bahasa yang baik ialah yang tertakluk kepada aturan dalam bahasa tersebut. Jika pengguaannya mengikut kelaziman, kesewenangan, dan ketidakaturan, sudah tentunya akan menjadi kucar-kacir bahasa tersebut.
Daripada huraian di atas, jelas juga kepada kita bahawa adalah dan ialah tidak boleh diletakkan sebelum frasa kerja. Amalan meletakkan kata pemeri di hadapan frasa kerja memang menyalahi nahu Melayu. Oleh itu, kita perlu mengelakkan membina ayat-ayat seperti yang berikut:

  1. *Hampir kesemua filem Barat adalah berorientasikan komersil (Sepatutnya: Hampir kesemua filem Barat berorientasikan komersil).
  2. *Perjuangan sebelum merdeka ialah menuntut kemerdekaan dalam segala bidang, iaitu ekonomi, politik, dan sosial. (Sepatutnya: Perjuangan selepas kemerdekaanadalah untuk menuntut kemerdekaan ekonomi, politik, dan sosial).
  3. *Sebelum merdeka perjuangan masyarakat jelas ialah menuntut kemerdekaan dalam semua bidang. (Sepatutnya:Sebelum merdeka perjuangan masyarakat jelasadalah menuntut kemerdekaan dalam semua bidang).
  4. *Salah satu objektif sosial dalam pembangunan perumahan di Malaysia ialahmenyediakan perumahan yang murah untuk keperluan rakyat. (Sepatutnya: Salah satu objektif sosial dalam pembangunan perumahan di Malaysia adalah untuk menyediakan perumahan yang murah untuk keperluan rakyat).
  5. *Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan tutup selama dua hari sempena Hari Raya Puasa. (Sepatutnya: Dengan ini dimaklumkan bahawa sekolah akan tutup selama dua hari … atau Pelajar-pelajar dimaklumkan bahawa sekolah akan tutup selama dua hari…).
  6. *Kejayaan wanita dalam pendidikan mereka adalah disebabkan oleh kesedaran mereka sendiri. (Sepatutnya: Kejayaan wanita dalam pendidikan mereka disebabkan oleh kesedaran mereka sendiri).
     Dalam hal penggunaan kata pemeri, terdapat suatu lagi amalan yang tidak betul. Amalan itu ialah penggunaannya yang bersifat kelewahan. Dengan erti kata yang lain, penggunaannya tidak diperlukan, tetapi digunakan dalam penulisan. Kita perhatikan contoh penggunaan seumpama itu di bawah:
1. *Dia ialah guru. (Sepatutnya: Dia guru).
  1. *Masalah itu adalah merupakan masalah besar. Sepatutnya: Masalah itu merupakan masalah besar).
  2. *Tindakan yang berterusan gejala maksiat. (Sepatutnya: Tindakan yang berterusan perlu bagi menutup semua gejala maksiat).adalah perlu bagi menutup semua
  3. *Persembahan penyanyi itu adalah sungguh hebat. (Sepatutunya: Persembahan penyanyi itu sungguh hebat).
    Seperti yang dipaparkan dalam contoh-contoh di atas, penggunaan adalah dan ialahtidak diperlu atau tidak wajib digunakan dalam ayat-ayat di atas. Dalam ayat 21, misalnya, sudah memadailah jika ayat tersebut dibina dengan dua frasa, iaitu ‘persembahan penyanyi itu’ + ‘sungguh hebat’ kerana ayat ini dibina berdasarkan pola FN + FA. Ayat ini tidak perlu kata pemeri adalah untuk memerihalkan secara persamaan atau ekuatif dalam frasa tersebut. Dalam ayat ini, persembahan penyanyi itu ialah frasa nama, manakala frasa adjektifnya adalah sungguh hebat. Dalam hal ini, pernah pelajar-pelajar saya berhujah bahawa meninggalkan kopula ialah dan adalahdalam ayat mencacatkannya, dan ada juga yang rasa janggal jika ayat tidak ada kopula. Nyata pandangan mereka itu tidak tepat kerana dalam bahasa tidak tertakluk kepada rasa janggal atau kepada rasa sedap atau tidak sedap. Rasa janggal dan tidak sedap itu timbul kerana pelajar-pelajar tidak biasa dengan 4 pola ayat dalam bahasa Melayu.
Mungkin gejala tersebut terjadi kerana pengaruh bahasa Inggeris. Oleh sebab wujud kata gerund seperti am, is, are, was, dan were dalam semua ayat bahasa Inggeris, maka pengguna bahasa Melayu pula mencuba memadankan kata-kata itu dengan kata pemeri adalah dan ialah. Sebenarnya, amalan memadankan gerund dengan adalahatau ialah dalam bahasa Melayu tidaklah tepat. Kata pemeri dalam bahasa Melayu digunakan untuk memenuhi fungsi-fungsi yang tertentu seperti yang dinyatakan pada awal makalah ini. Tidak wajar untuk memasukkan unsur yang tidak menjadi milik bahasa Melayu ke dalamnya.

       Mudah-mudahan makalah ini sedikit sebanyak dapat membantu para pengguna bahasa Melayu menjadi lebih peka kepada aturan menggunakan kedua-dua kata pemeri ini. Dalam hal ini, penggunaannya berdasarkan aturan dan bukannya secara sewenang-wenangnya perlu ditegaskan oleh para pendidik kita kepada pelajar-pelajar terutamanya supaya kekhilafan ini dapat diperbetul. 


Marilah kita bersama-sama memantapkan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita!

Cara menukar Cakap Ajuk dan Ayat Pindah

PANDUAN

PERBUALAN kepada CAKAP PINDAH

1- Kependekan kata seperti ‘dah , mau , pergi’ dibetulkan kepada ‘sudah, mahu , pergi’
2- Kata seru bertanda (!) seperti cis, amboi , aduh dan sebagainya ditukar menjadi frasa mengikut konteks ayat berkenaan.
3- Perkataan Bahasa Arab seperti ‘Alhamdulilah’ ditukar kepada ‘mengucap syukur’.
4- Unsur estetika, seperti personafikasi dan metafora hendaklah digugurkan dan digantikan dengan frasa yang sesuai dalam konteks ayat berkenaan. Unsur-unsur slanga / dialek hendaklah dibuang dan digantikan dengan bahasa baku. Kata ganti diri‘saya’ ditukarkan kepada ‘dia’ , ‘di sini’ menjadi ‘di sana’ , ‘masa ini’ menjadi ‘masa itu’  dan ‘kami’ menjadi ‘mereka’.

Membina Ayat

Panduan :

Soalan Kertas 2 Bahagian 3 (a) – 6markah
- Setiap ayat yang dibina akan diberikan sebanyak 1 markah sahaja.
- Jika pelajar melakukan kesalahan bahasa dari segi tatabahasa, 1/2markah akan ditolak.
- Pelajar haruslah menguasai jenis kata, pola ayat, jenis ayat, ragam ayat dan binaan ayat.
- Perhatikan contoh binaan ayat di bawah :
1) Nizam menaikkan bendera ketika lagu negaraku dinyanyikan. (Ayat Gramatis)
2) Nizam menaiki bendera ketika lagu negaraku dinyanyikan.(Ayat Tidak Gramatis)
Dalam ayat (1) , ayat tersebut tepat dari segi makna dan betul dari segi tatabahasa. Ayat (2) , betul dari segi tatabahasa tetapi tidak betul dari segi maknanya. Ayat ini dikatakan tidak gramatis kerana perbuatan Nizam menaiki bendera tidak logik.

17 December 2011

Rumusan SPM 4 (Penulisan Penutup/Kesimpulan)

 4.0    MENULIS PENUTUP / ULASAN 

1)      Dalam menulis kesimpulan untuk rumusan anda, pastikan harapan dan saranan terkandung dalam rumusan anda
a.       Saranan – (siapa bertindak dan apa tindakan)
b.      Harapan – (tujuan tindakan)

2)       Ayat dalam kesimpulan  mesti mengandungi  perkataan berikut:
i. Kesimpulannya /tuntasnya/ Oleh itu / Justeru / Maka / Jadi
ii. harus / perlu / mestilah / wajarlah / harus / patut / hendaklah
iii. supaya / agar

3)      Rumus atau formula terbaik dan ringkas adalah seperti berikut:


Rumus :
[Kesimpulannya, + (siapa bertindak) + harus (apa tindakan) +agar+ (tujuan tindakan)].


4)      Contoh 2 :
Oleh itu, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan tindakan).


5)     Contoh jawapan penulisan kesimpulan rumusan anda:
Contoh 1 :
Rumuskan faktor penyalahgunaan dadah dan langkah membanterasnya.

Jawapan:
Kesimpulannya, kerajaan dan masyarakat harus berganding bahu agar masalah penyalahgunaan dadah dapat diatasi.


Latihan: buat kesimpulan berdasarkan rumus yang ditetapkan mengikut soalan yang diberi
Buat rumusan tentang  inisiatif untuk menggalakkan pelajar membaca dan masalah yang dihadapi.
Jawapan:


 Soalan 1:

 Soalan 2
Buat rumusan tentang ciri makanan seimbang dan kebaikan makanan tersebut terhadap anak-anak.
Jawapan:



 Soalan 3
Rumuskan faedah penggunaan Bahasa Inggeris dalam sains dan matematik serta permasalahannya.
Jawapan:





Rumusan SPM 3 (Penulisan Isi Tersirat)

1.0               ISI TERSIRAT
1. Berdasarkan kunci kata soalan yang kedua.
2. Isi bahagian ini perlu anda fikir sendiri dan bukan diambil dari petikan juga.
3. Jika isi tersirat yang anda fikirkan sudah ada dalam petikan juga, jangan ambil sebagai isi anda.
4. Penggunaan ayat dan penanda wacana adalah sama dengan isi tersurat.
5. Jumlah minimum ialah 2 isi tetapi jika isi tersurat kurang, bahagian isi ini perlu ditambah.
6. JANGAN gunakan perkataan ‘harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah’ dan lain-lain yang berbentuk cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini digunakan).

Contoh 1
·         Bagi soalan yang meminta faktor dalam langkah mengatasi seperti soalan dibawa:
.Buat rumusan tentang faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya

·         Untuk soalan seperti di atas, cari langkah mengatasi berdasarkan faktor kemalangan yang disenaraikan:
Isi tersurat (Faktor kemalangan)
Isi tersirat (Langkah mengatasi)
1)       Pemandu yang tidak mengikut peraturan jalan raya semasa memandu

2)       Keadaan jalan raya yang tidak mengikut spesifikasi keselamatan.

3)       Keadaan kenderaan yang tidak dipastikan oleh pemandu supaya berada dalam keadaan baik

4)       Penunggang motor yang gagal diperhati dan dilihat oleh kenderaan berat.


Contoh 2
·         Bagi soalan yang berlainan bentuk. Anda perlu fikirkan dengan menimbulkan pelbagai persoalan berdasarkan soalan tersebut:
o    Contohnya, isi tersirat meminta kesan buruk akibat pencemaran air, anda boleh timbulkan pelbagai persoalan seperti berikut
§  Jika air tercemar, bagaiamana manusia mahu dapatkan bekalan air bersih?
§  Jika air tercemar, boleh wajudkan kawasan perkelahan dan perlancongan?
§  Jika air tercemar, bagaimana keadaan hidupan di dalamnya?
o    Jika anda menjawap persoalan yang ditimbulkan, maka anda ankan mendapat jawapan seperti ini:
§  Manusia akan sukar mendapat bekalan air bersih,
§  Kawasan perkelahan dan perlancongan tidak dapat diwujudkan,
§  Hidupan air akan mengalami kepupusan.

Rumusan SPM 2 (Penulisan Isi Tersurat)

1.0               ISI TERSURAT
1. Isi tersurat atau  jawapan berdasarkan kunci kata soalan yang pertama. (gunakan kunci kata dalam soalan)
2. Isi tersurat merupakan isi yang perlu dicari dalam petikan sahaja.
3. Beri maksimum 6 isi. (Jumlah isi tersurat dan tersirat ialah 8 isi)
4. Jika kurang isi tersurat, jangan panik. Tambah isi tersirat anda.
5. Jika jumlah perkataan masih kurang 120 perkataan, anda digalakkan tambah isi tersurat.
6. Pastikan maksimum 2 isi dalam satu ayat.
7. Gunakan penanda wacana untuk menggabungkan setiap ayat. Antara penanda wacana yang boleh digunakan ialah Selain itu, di samping itu, tambahan lagi, dan sementara itu

·         Cadangan terbaik dan ringkas untuk penulisan isi tersurat adalah seperti formula di bawah:




Antara + (kunci soalan pertama) + (ialah@adalah) + (isi 1) + (dan) + (Isi 2). Selain itu, +(isi 3) + (dan) + (isi 4).  Di samping itu, (isi 5) + (dan) + (isi 6).






Latihan: Cantumkan isi tersurat yang diberi untuk membentuk penulisan perenggan isi tersurat yang baik dan ringkas.
Soalan 1
Isi tersurat berkaitan kesan merokok


  • 1.        Merokok merupakan satu bentuk pembaziran kerana melibat wang untuk membelinya.
  • 2.        Merokok boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya
  • 3.       Membahayakan kesihatan orang lain di sekeliling mereka.
  • 4.        Pada masa yang sama, merokok menyebabkan orang lain berasa tidak selesa serta mengganggu komunikasi.
  • 5.       Perbuatan ini juga boleh menyebabkan ketagihan yang amat sukar untuk dihentikan.
  • 6.        Puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mengakibatkan kebakaran.

                Antara _____________________  +  ______________  +  ______________________________________
____________________    + dan + _______________________________________________________________
___________ .     Selain itu,  _____________________________________________________________________     + dan +  ___________________________________________________________________________________ .   
Di samping itu, ______________________________________________________________________ +      dan  ________________________________________________________________________________________ .



Soalan 2
Isi terusrat berkaitan factor lambakan barang tiruan


  • 1)       Golongan yang tidak berkemampuan ingin memiliki barangan berjenama dengan memilih barangan tiruan
  • 2)       Pasaran globalisasi memudahkan barangan tiruan memasuki Malaysia.
  • 3)       Teknologi terkini mengizinkan pesanan dan bayaran dibuat melalui talian laman web.
  • 4)        Kegiatan pengedaran barangan tiruan boleh dibuat secara tunai menyebabkan serbuan dibuat menemui kegagalan.
  • 5)        Pengguna sukar membezakan di antara barangan tiruan dengan barangan asli kerana bentuknya yang hampir sama.
  • 6)       Penjualan barangan tiruan dilindungi oleh sindiket besar.
  • 7)       Penyeludupan melalui sempadan sukar dikawal
  • 8)       Hukuman yang dikenakan terlalu ringan untuk mereka.
Jawapan
                ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Rumusan SPM 1 (Pengenalan Rumusan)

 1.0               PENGENALAN
Nota:
1)       Untuk menghasilkan perenggan pengenalan rumusan, anda perlu merujuk soalan pada bahagian atas petikan.  Anda perlu mengguna pakai arahan @ soalan pertama (yang meminta isi tersurat) untuk dimasukkan ke dalam pengenalan anda.
2)       Tulis dan ubah  perkataan daripada kata kunci soalan yang pertama
3)   Tulis dalam satu perenggan



Contoh:
Kata kunci yang diubah
Baca petikan di bawah ini, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengatasi  hakisan tanah dan kesannya kepada masyarakat setempat. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan




Jawapan: Petikan membincangkan kaedah-kaedah mengatasi hakisan tanah.


*Pada contoh di atas, kata kunci "langkah-langkah" telah ditukar menjadi "kaedah-kaedah"
Perkataan sinonim bagi kata kunci :
Faktor
punca = sebab = penyebab = perkara yang mempengaruhi
langkah
 inisiatif = cara = kaedah = tindakan
Kesan
 implikasi = kebaikan = keburukan
Ciri-ciri
 sifat = bentuk
Masalah
halangan = cabaran = kekangan



Latihan: Hasilkan perenggan pengenalan berdasarkan soalan rumusan yang diberi
Soalan 1
Baca Petikan di bawah ini, kemudian buat satu rumusan tentang faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan Bandar dan implikasinya kepada pembangunan di kawasan Bandar tersebut.
Jawapan:


Soalan 2
Baca petikan di bawah ini, rumuskan ciri-ciri yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang dan langkah melahirkan pelajar cemerlang. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.
Jawapan:


Soalan 3
Baca petikan di bawah dan buat satu rumusan tentang masalah-masalah sektor pertanian kepada Negara kita dan langkah untuk memajukan sektor pertanian negara. Panjang karangan mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Jawapan:














Powered by Blogger.